Tuesday, January 20, 2009

SeLaMaT HaRi LaHiR YaNG Ke 21

ya lama sungguh rasanya x menulis didalam blog aku sendiri ni. terlalu banyak perkara-perkara yang menghalang aku untuk singgah sebentar didepan laptop, dan menaip untuk satu post.

jadual yang boleh dikatakan 'wtf?' seperti mengiakan aku didalam keadaan 'on hiatus'.
antara aktiviti bodoh,separa bodoh serta bijak yang aku lakuka
n sepanjang waktu aku berhibernisasi ini adalah:
  1. pilihanraya kampus (korang ingat universiti penjara nasional malaysia xde election ke?)
  2. youth 2009(main guitar hero kat sane dengan harapan cabutan bertuah dapat bmw)
  3. menjadi pendownload movie berjaya sepanjang tempoh tersebut.
  4. aktiviti ketenteraan yang macam tuuttttttt.
  5. berlapar di bilik setelah nasik bungkus yang ditempah dirampas oleh officer(ini paling damn,lapar weh)
  6. aktiviti suai kenal bersama junior serta senior.diingatkan lagi sekali, nickname aku sekarang adalah TIGER.
serta bermacam-macam lagi aktiviti
tapi bulan ini agak istimewa bagi aku kerana bermulanya tahun aku layak untuk mengundi bagi next general election.aku juga secara teori dan praktikalnya layak untuk berada dipusat-pusat hiburan tanpa dikenakan tindakan selagi tidak melanggar apa-apa peraturan(xaxau time babeh).

tapi mengapa ya?

ini kerana aku sudah berumur 21 tahun pada 17 januari yang lepas.

tarikh berkenaan sama dengan tarikh uox play electric di zouk kl, selagi lagi wtf sebab aku terpaksa menyambut hari lahirku bukan di zouk,tetapi dipadang kawad beserta 100 butir peluru dan 4 kedudukan menembak. arggggggggggghhhh

terima kasih kepada semua yang sudi wish serta kek-kek secret recipe di facebook.damn! i need a real one lah.



p/s: penulis berharap dapat menikmati cheesecake buatan tangan si comel kesayangannya.=p

Tuesday, January 6, 2009

weh aku rindu alip ngan garok

damn
tanpa mereka aku kesunyian
alip
aku rindu perut dan badanmu yang comel itu
garok
aku rindu gigimu yang berwarna emas itu
ahhhh
rinduku ala-ala gay gitu
aku nantikan kehadiran kalian semua selepas enam bulan
boleh kita sama-sama main buih ok




p/s: alip dan garok kini menjalani latihan industri di kapal diraja inderapura.

Wednesday, December 24, 2008

aku cuti weh!!

selamat tinggal teknologi.haha
28 aku kat kl.tengok couple ngan yuna
balik rumah nak pegi jeram.yeaaaaaaahhh
babai.

Tuesday, December 9, 2008

kerana secebis daging

selamat hari raya aidiladha diucapkan kepada semua
tahun ini raya di dalam universiti pertahanan(penjara pun sesuai kot) nasional malaysia
tahun ni raya membosankan
tidur sahaja
tidur lagi
makan daging
makan sup daging
makan daging barbeque
urghh kepala berpinar
mesti pasal makan daging tadi
cesss daging tak cukup masak ni.

pening kepala sepanjang hari
raya yang dull.
bosan.
bila nak CUTI??


nota dikaki: aku nak sangat makan satay pakcik yang kat rumah aku tu. sedap weh,lagi sedap dari satay kajang.

Tuesday, December 2, 2008

Notis Penting!

sekian lama tak membloggingkan diri, akhirnya hari ini aku menamatkan penantian diri aku sendiri. tahniah buat diri aku sendiri. hidup di universiti sangat membosankan (universiti aku takde cuti okay).

tak sabar mahu bercuti. tapi tak tahu hala hendak dituju.urghhh. sabar.

aha lagi satu,kalau dulu ada orang panggil aku Demang,apis chek, atau feez, sekarang korang boleh panggil aku TIGER.


Wednesday, November 12, 2008

korang exam lah,aku mahu DOTA dulu!

godek blog sana,godek blog sini sume ckp pasal exam.arghh persetankan semua itu,apa kata kalian semua mencari sedikit ketenangan.pergilah mengambil udara segar,atau makan cikedis corntoss seperti dibawah.jikalau kalian malas untuk pergi keluar mencari cikedis atau menghirup udara segar,kamu semua boleh meniru sama saya, iaitu DOTA.satu permainan interaktif yang sangat melalaikan.sesuai bagi mereka yang benci dengan paper thermodynamic,engineering maths,remote sensing,biology atau yang sewaktu dengannya.

ya,kerana ia sangat melalaikan,maka kalian semua akan lupa apa yang kalian belajar ataupun mungkin lupa yang kalian berada diambang peperiksaan.yang lebih parah lagi ada juga yang buat-buat lupa mereka itu ada exam,jikalau anda tergolong dalam kumpulan ini, nasihatkan kawan anda untuk mematikan suis utama dirumah,atau dicollege anda untuk menghentikan diri anda serta rakan-rakan dari bermain permainan berpuaka ini.
aha puaka noh..



gambar diatas adalah map 6.55


nota tapak kaki: weh aku dah ade map 6.56 ai la.hahaha.baru download semalam.besh gile captain coco..go go go captain coco.


Wednesday, October 29, 2008

corntos,twisties serta coke adalah jawapan untuk exam anda.

hurmmmm..dah nak exam beb..serius tension gile babi la..tapi setension tension aku, tak kelihatan diwajah suci ni(ya ramai yang cakap macam tu)..well,mcm biasa,aku akan sedaya upaya buat muke tenang je..budget cool kan..bese la tue manusia ..tapi disebalik wajah cool nie,terpendam seribu satu perasaan yang sukar diungkapkan..exam maa..dah la aku ambil banyak subject..ciss..tertekan..tak sabar dapat tidur kat rumah sambil tengok sin chan ngan spounge bob squarepants..sangat menenangkan,menghiburkan,menenangkan,menghiburkan bla bla bla bla..

tapi apa kaitan semua benda ni dengan tajuk diatas?..

haha..soalan yang baik..untuk pengetahuan korang, aku mempunyai habit yang tidak sesuai untuk dijadikan contoh kepada para remaja masa kini, iaitu aku akan makan banyak time nak study..tapi bukan makan nasik,belacan ataupun budu,tetapi makanan yang aku makan adalah cikedis ataupun lebih dikenali dengan panggilan keropok! aha tidak cukup dengan itu ia disertakan dengan air-air berkarbonat syarikat-syarikat kapitalis yang memboroikan..heh..aku tahu, sungguh tak berguna makanan-makanan itu semua,tapi apakan daya, itu sahaja yang dapat membuatkan aku tenang,confident serta mudah untuk mentelaah pelajaran serta stay up diwaktu malam..


senarai cikedis dan air-air menggemukkan kegemaran aku.
  1. corntos
  2. twisties~ya twisties jatuh ditangga kedua,harap maklum.
  3. ice lemon tea
  4. coke~is a bitch
  5. air-air kotak
  6. kadang kala aku ambil muruku ikan serta cikedis jenama lain

semua benda yang tiada khasiat itu aku beli kat seorang peniaga bernama meray(sebutan me-ray(ray tue korang sebut macam english) seorang warga kelantan yang membuka perniagaan di blok satria~blok kediaman pegawai kadet atma dari intake 2005-2006..dan aku merupakan pelanggan setia beliau..oh lupa untuk aku nyatakan disini,tiada bayaran dikenakan..menarik bukan?..tetapi,apabila cukup bulan anda sediakanlah bayarannya ..jangan risau rakan-rakan,ini bukan skim cepat kaya pak man telo..sekian..=)

inilah juaranya..CORNTOSSSS...


p/s:kredit diberikan untuk pemilik gambar corntos berkenaan.terima kasih