tapi apa kaitan semua benda ni dengan tajuk diatas?..
haha..soalan yang baik..untuk pengetahuan korang, aku mempunyai habit yang tidak sesuai untuk dijadikan contoh kepada para remaja masa kini, iaitu aku akan makan banyak time nak study..tapi bukan makan nasik,belacan ataupun budu,tetapi makanan yang aku makan adalah cikedis ataupun lebih dikenali dengan panggilan keropok! aha tidak cukup dengan itu ia disertakan dengan air-air berkarbonat syarikat-syarikat kapitalis yang memboroikan..heh..aku tahu, sungguh tak berguna makanan-makanan itu semua,tapi apakan daya, itu sahaja yang dapat membuatkan aku tenang,confident serta mudah untuk mentelaah pelajaran serta stay up diwaktu malam..
senarai cikedis dan air-air menggemukkan kegemaran aku.
- corntos
- twisties~ya twisties jatuh ditangga kedua,harap maklum.
- ice lemon tea
- coke~is a bitch
- air-air kotak
- kadang kala aku ambil muruku ikan serta cikedis jenama lain
semua benda yang tiada khasiat itu aku beli kat seorang peniaga bernama meray(sebutan me-ray(ray tue korang sebut macam english) seorang warga kelantan yang membuka perniagaan di blok satria~blok kediaman pegawai kadet atma dari intake 2005-2006..dan aku merupakan pelanggan setia beliau..oh lupa untuk aku nyatakan disini,tiada bayaran dikenakan..menarik bukan?..tetapi,apabila cukup bulan anda sediakanlah bayarannya ..jangan risau rakan-rakan,ini bukan skim cepat kaya pak man telo..sekian..=)
inilah juaranya..CORNTOSSSS...
p/s:kredit diberikan untuk pemilik gambar corntos berkenaan.terima kasih

