Wednesday, December 24, 2008

aku cuti weh!!

selamat tinggal teknologi.haha
28 aku kat kl.tengok couple ngan yuna
balik rumah nak pegi jeram.yeaaaaaaahhh
babai.

Tuesday, December 9, 2008

kerana secebis daging

selamat hari raya aidiladha diucapkan kepada semua
tahun ini raya di dalam universiti pertahanan(penjara pun sesuai kot) nasional malaysia
tahun ni raya membosankan
tidur sahaja
tidur lagi
makan daging
makan sup daging
makan daging barbeque
urghh kepala berpinar
mesti pasal makan daging tadi
cesss daging tak cukup masak ni.

pening kepala sepanjang hari
raya yang dull.
bosan.
bila nak CUTI??


nota dikaki: aku nak sangat makan satay pakcik yang kat rumah aku tu. sedap weh,lagi sedap dari satay kajang.

Tuesday, December 2, 2008

Notis Penting!

sekian lama tak membloggingkan diri, akhirnya hari ini aku menamatkan penantian diri aku sendiri. tahniah buat diri aku sendiri. hidup di universiti sangat membosankan (universiti aku takde cuti okay).

tak sabar mahu bercuti. tapi tak tahu hala hendak dituju.urghhh. sabar.

aha lagi satu,kalau dulu ada orang panggil aku Demang,apis chek, atau feez, sekarang korang boleh panggil aku TIGER.


Wednesday, November 12, 2008

korang exam lah,aku mahu DOTA dulu!

godek blog sana,godek blog sini sume ckp pasal exam.arghh persetankan semua itu,apa kata kalian semua mencari sedikit ketenangan.pergilah mengambil udara segar,atau makan cikedis corntoss seperti dibawah.jikalau kalian malas untuk pergi keluar mencari cikedis atau menghirup udara segar,kamu semua boleh meniru sama saya, iaitu DOTA.satu permainan interaktif yang sangat melalaikan.sesuai bagi mereka yang benci dengan paper thermodynamic,engineering maths,remote sensing,biology atau yang sewaktu dengannya.

ya,kerana ia sangat melalaikan,maka kalian semua akan lupa apa yang kalian belajar ataupun mungkin lupa yang kalian berada diambang peperiksaan.yang lebih parah lagi ada juga yang buat-buat lupa mereka itu ada exam,jikalau anda tergolong dalam kumpulan ini, nasihatkan kawan anda untuk mematikan suis utama dirumah,atau dicollege anda untuk menghentikan diri anda serta rakan-rakan dari bermain permainan berpuaka ini.
aha puaka noh..



gambar diatas adalah map 6.55


nota tapak kaki: weh aku dah ade map 6.56 ai la.hahaha.baru download semalam.besh gile captain coco..go go go captain coco.


Wednesday, October 29, 2008

corntos,twisties serta coke adalah jawapan untuk exam anda.

hurmmmm..dah nak exam beb..serius tension gile babi la..tapi setension tension aku, tak kelihatan diwajah suci ni(ya ramai yang cakap macam tu)..well,mcm biasa,aku akan sedaya upaya buat muke tenang je..budget cool kan..bese la tue manusia ..tapi disebalik wajah cool nie,terpendam seribu satu perasaan yang sukar diungkapkan..exam maa..dah la aku ambil banyak subject..ciss..tertekan..tak sabar dapat tidur kat rumah sambil tengok sin chan ngan spounge bob squarepants..sangat menenangkan,menghiburkan,menenangkan,menghiburkan bla bla bla bla..

tapi apa kaitan semua benda ni dengan tajuk diatas?..

haha..soalan yang baik..untuk pengetahuan korang, aku mempunyai habit yang tidak sesuai untuk dijadikan contoh kepada para remaja masa kini, iaitu aku akan makan banyak time nak study..tapi bukan makan nasik,belacan ataupun budu,tetapi makanan yang aku makan adalah cikedis ataupun lebih dikenali dengan panggilan keropok! aha tidak cukup dengan itu ia disertakan dengan air-air berkarbonat syarikat-syarikat kapitalis yang memboroikan..heh..aku tahu, sungguh tak berguna makanan-makanan itu semua,tapi apakan daya, itu sahaja yang dapat membuatkan aku tenang,confident serta mudah untuk mentelaah pelajaran serta stay up diwaktu malam..


senarai cikedis dan air-air menggemukkan kegemaran aku.
  1. corntos
  2. twisties~ya twisties jatuh ditangga kedua,harap maklum.
  3. ice lemon tea
  4. coke~is a bitch
  5. air-air kotak
  6. kadang kala aku ambil muruku ikan serta cikedis jenama lain

semua benda yang tiada khasiat itu aku beli kat seorang peniaga bernama meray(sebutan me-ray(ray tue korang sebut macam english) seorang warga kelantan yang membuka perniagaan di blok satria~blok kediaman pegawai kadet atma dari intake 2005-2006..dan aku merupakan pelanggan setia beliau..oh lupa untuk aku nyatakan disini,tiada bayaran dikenakan..menarik bukan?..tetapi,apabila cukup bulan anda sediakanlah bayarannya ..jangan risau rakan-rakan,ini bukan skim cepat kaya pak man telo..sekian..=)

inilah juaranya..CORNTOSSSS...


p/s:kredit diberikan untuk pemilik gambar corntos berkenaan.terima kasih


Sunday, October 19, 2008

Kerana aku seorang askar...

well cerita yang akan aku cuba sampaikan ini adalah pengalaman yang dialami oleh aku dan orang yang close dengan aku.it's about perception sesetengah orang yang akan memandang sebelah mata atau sekurang-kurangnya akan berkata 'euuuww' kepada aku,kepada kawan aku atau orang disekelilingi aku.mereka yang memikirkan diri sendiri sahaja.serta cakap tidak serupa bikin.



apa yang cuba aku sampaikan adalah berkenaan dengan manusia-manusia yang memandang jelek kat aku apabila aku mengatakan yang aku adalah seorang military personel dan aku bekerja sambil belajar dengan kerajaan.



salah ke aku memilih jalan ini?

hebat sangatkah mereka?

apakah profession yang akan aku ceburi ini adalah satu kerja hina yang dipandang sebelah mata?

well kalau ada dikalian korang yang berfikiran begitu, aku hanya dapat bersimpati dengan pandangan jumud kalian.adakah mereka-mereka ini terlampau baik?





inilah yang terjadi kepada aku.

contohnya biasa sahaja,tidak terlampau provoke.

well aku suka berbicara tentang sesuatu yang serius apabila berdepan dengan mereka yang kena pada cara dan sifatnya.

kisahnya begini



aku lihat banyak diantara mereka yang menjunjung kebebasan bersuara yang akan dengan cepatnya melenting apabila aku melahirkan pendapat peribadi aku. ya pendapat peribadi berkenaan dengan kebebasan bersuara,masyarakat malaysia yang berbilang kaum,hak-hak bumiputera,hak minoriti dan sensitiviti kaum.secara jujurnya aku menjunjungi tinggi kebebasan bersuara SELAGI ia tiada pihak yang tersinggung atau memecah belahkan stuktur kaum di negara tercinta ini, namun sering sahaja pendapat aku disalah tafsirkan. aku dihentam. dikatakan anjing kerajaan. belaan U**O.yeah sounds like macam mereka sahaja yang benar,apa yang dikata mereka betul dan seperti mereka sahaja yang hidup dimuka bumi ini.well aku hanya menyatakan pendapat aku dengan harapan boleh berkongsi pendangan serta melahirkan satu jawapan yang sesuai untuk semua.tapi apa yang aku terima? cacian,hentaman serta perkataan paling popular saat ini fuck you.semuanya kerana aku adalah seorang tentera maka aku dicop sebagai budak suruhan kerajaan.maaf! pendirian aku tidak begitu murah.



namun apa yang peliknya,mereka-mereka yang menghentam aku tanpa usul periksa ini serta curiga tidak tentu hala ini bukan lah dari golongan yang boleh diterima sepenuhnya masyarakat.



well cara hidup tidak berdisplin.rebel tidak kena tempat.berpakaian pelik konon-konon trendy .serta memandang mereka yang lain seperti mengatakan yang sedemikian (malah pernah juga dikatakan kepada aku);

  1. ah kampungnya pemakaian kau, tak fashionable langsung.

  2. well aku educated,layan muzik keras,layan indie,kau layan kristal mane boleh campur.

  3. aku minum arak sebab jiwa aku rebel,baru hardcore, baru indie baru rock and roll.

  4. aku pegi clubbing tak main la gig-gig ni.

  5. ko askar tu askar la jugak(ni paling fuck skali)




pada pendapat kalian siapakah yang lebih diterima? aku atau insan-insan jumud ini? insan-insan yang rendah tatasusilanya,lemah budi bicaranya singkat cara pemikiran serta jumud dalam melakukan tindakannya?



atau mereka menyarankan untuk memilih aku? kerana aku berdisplin dan berpewatakan? atau kerana aku government servant? pastinya mereka memilih atas dasar perwatakan(peratusan yang memilih aku kerana orang suruhan kerajaan pasti ada,tetapi rendah barangkali)



apakah yang diperjuangkan jikalau cara yang salah serta perbuatan tidak serupa bikin? adakah ini kebebasan bersuara.sudah memekak-mekak bising pula meminta-minta.aaaaahhh dasar manusia begini yang paling aku tidak gemari.mementingkan diri.menghakimi orang lain dengan mudah sekali.



dan kadang kala aku bertambah sakit hati apabila sesetengah daripada mereka yang bukan seagama atau sebangsa denganku yang dengan mudahnya menuduh mereka ini rasicts,pemimpin itu rasicts,polan bin polan tu rasicts nenek kau rasicts,mak kau racists.mulut busuk mereka menghakimi mereka yang lain dengan mudah,selancar pelincir caltex yang ayah aku beli untuk keretanya.



kenapa aku berkata demikian?



mereka-mereka ini hanya tamak memikirkan tembolok mereka. kesenangan mereka.mudah berkata.tindakan tiada.penyelesaian yang diambil tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.pendekatan diambil dengan kata kebebasan dan hak bersuara serta human rights.beraktivism tetapi pokok pangkal perkara yang terjadi ditolak.sensitiviti orang lain dicampak ketepi.yang penting isi hati perlu diikuti.sudah diberi betis peha pula diidami.urghhh aku benci situasi politik sekarang.semuanya KARUT.tak kira kamu kerajaan atau pembangkang.aku ejakan untuk kamu K-A-R-U-T!!



dan ini yang dihadapi oleh seorang rakan aku.aku hanya namakan beliau sebagai ana(bukan nama sebenar). seorang anak gadis sunti yang meminati musik-musik indiependent serta underground tanah air.



ana pernah pergi melibatkan diri kedalam satu komuniti yang tidak kurang famousnya.ini kisah-kisahnya.semasa sesi ice-breaking berlangsung ana telah ditanyakan.



xxxx:ana kau belajar kat mane?



ana: universiti pertahanan nasional malaysia.



xxxx memandangkan muka ana,sambil menarik muka dan membuat reaksi 'euuuuww'(aku benci ini)



well aku lebih suka jikalau xxxx ini balik dirumah dan tidak perlu melibatkan kerja-kerja berkaitan dengan komuniti berkenaan jikalau sekadar untuk mendapat nama,perempuan atau feymes.lebih baik duduk dirumah melayan sin chan.kerana jika benar apa yang beliau perjuangkan,xxxx tidak sesekali memandang lekeh kepada ana.kerana itu cara dia.dia berhak kerana itu adalah hak dia untuk memilih dimana tempatnya beliau mahu menuntut ilmu.



aku rasa beliau berfikiran sempit yang hanya memikirkan military hanyalah sesuatu yang ganas,kehancuran,pembinasaan,pembunuhan..aahhhhhhhh aku bosan dengan pandangan jumud berkenaan.walhal tidak tahu sekelumit apa pun tentang apa yang aku ceburi ini.kasihan ana,beliau menjadi mangsa persepsi buruk eventhough she's just a ROTU~palapes



3 kali aku mengucapkan perkataan 'jumud'.semoga ia tidak berlaku terhadap kalian.aku benci mereka yang cakap tidak serupa bikin.meluat melihat mereka yang menghentam,tidak menerima pendapat orang lain serta memandang orang lain dengan pandangan keji mereka.bosan dengan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti yang menyakitkan hati.aku flexible mudah dibentuk,mudah menerima idea baru tetapi keras apabila mempertahankan sesuatu.kerana prinsip aku bukan bulu yang dengan mudah diterbangkan angin lalu.







Friday, October 17, 2008

Tuesday, October 14, 2008

hidup sepi tanpa tidur...

dah 3 hari tak tidur malam...

aku benci keadaan ini...

aku rindukan suasana sunyi malam tanpa gangguan ketika tidur...

aku mahu kembali normal...

sesiapa boleh bantu aku?

hidup aku tak bermakna tanpa tidur...

aku dan tidur malam tidak dapat dipisahkan...

tapi sekarang,semuanya telah berubah...

aku bukan lagi seperti dulu...

kembalikanlah aku yang dahulu...

Monday, October 13, 2008

kalau salah tolong jolokkan? wtf!

hari ni,masuk hari kedua aku tak boleh melelapkan mata diwaktu malam..macam2 aktiviti yang aku buat,dari myspace,friendster,facebook,blog dan ntah hape kejadah web aku layan..dah xhingat kat kepala ni..

macam biase..kehidupan askar,baris pagi adalah perkara wajib setiap hari..
hari ni sempat sarapan..mee hun je..air teh..

tapi perkara yang aku nak cite kat sini adalah tentang lagu rasa sayang..
sekumpulan junior berlari kelilingan UPNM pagi nie..intake 2008..time tue diorang nyanyikan lagu rasa sayang..so sampai rangkap ni kebetulan diorang berada berdekatan dengan intake aku..macam nie nyanyian mereka kat rangkap tue...

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah TOLONG JOLOKKAN...

wtf...
adakah diorang x lulus bahasa melayu?
aku xpasti..
tanye lah diorang..

*sigh

Friday, October 10, 2008

Biarkan ia Pergi...

mungkin cerita nie aku pernah bagitau kat certain orang..tapi atas dasar humatarian,maka kisah lampau nie aku singkap kembali secare langsung dari patchwork of life..

ditakdirkan aku memasuki kolej matrikulasi perak pada tahun 2005..yeah,sies seronok beb..

aku dapat ramai kawan mase di matrix antarenya..
  1. alif zuhri aka alip stifler yang sangat cumil.
  2. ghazali maulana aka garok. insan sengal yang kelihatan semakin matang
  3. hadi aka tiade gelaran. team 6 jahanam bapok aku.
  4. farid yang juge dikenali dengan gaya hindustannya
  5. che nad the celup irish(beliau di belfast,ireland sekarang)

kat matrix jugak aku menemui chenta ku..namun kini semuanya menjadi kenangan.*sigh..

aku suka kehidupan kat matrix..bebas..a lot of friends..chicks..

xlupe gak kat alip alundra..cashier cafe yang merangkap penyelamat aku dikala kegawatan ekonomi..

thanx alip..da lama xjumpe ang..bile dapat jumpe,aku nak tengok ang jamming macam genghis tron aritue..huhu

kehidupan enjoy..enjoy gile..study=out..time nie,ubat batuk adalah peneman hidup...jangan tiru ok..

kehidupan ala-ala metal serta rockstar wannabe berleluasa..dikala ni, aku sangat baik ngan abang padil donut~muzikbox production owner yang kat j.b tue..

aku ingat lagi saat melepak bersame aru koffin kanser di rumah beliau kat brickfield(rumah legenda sejarah underground malaysia!)..abg padil yang suruh datang rumah tu..x sangke ade diorang..nasib badan..

kat matrix gak....

aku temui minat aku...ni la antara dialog aku ngan maka aku, bile aku menyatakan hasrat untuk meneruskan minat aku dengan lebih serius...

mak,boleh x apis nak masuk college nie?

lalu brochure Ocean Institute Of Audio Engineering diberikan..aku minat gila pasal audio engineering..harapan aku membunga...

ade ptptn mak..

sengaja aku mengatakan ada ptptn..even aku tahu,bapa aku mampu..tapi jawapan mak aku...

along,xpayah la..sambung je la matrix terus..

aku cube nego ngan mak aku..

mak boleh la..

mak memandang aku...

aku faham pandangan itu...

sedih pandangannya...

aku faham maksud disebalik pandangan itu...tapi biarlah ia menjadi rahsia..

kerana aku sahaja faham maksudnya...

selepas dari itu...aku tak pernah menanyakan apa-apa soalan pasal college tue..

brochure tue aku simpan...buat kenangan..

tapi sekarang dah hilang kot..

after family aku pindah ke rumah yang baru...aku pun xingat mane aku simpan brochure tue..

tapi..

even mak aku x bagi masuk college tue..

aku x rebel..

aku turuti kata-kata mak aku..

sebab ape?..

sebab.....

aku sentiasa berpegang dengan kata-kata..

ada hikmahnya jikalau menurut kata ibu bapa..

tapi...........setelah 2 tahun kat UPNM...peristiwa tersebut tetap segar diingatan aku...

*sigh

namun...kehidupan diteruskan...dan aku...

biarkanlah ia pergi...hanyut dimamah waktu...

Thursday, October 9, 2008

aku,spender dan suara-suara sumbang...

well aku pun xtau nak tulis ape..so aku pun daripade membuang mase lebih baek aku memblogging kan diri aku nie..untuk kali nie, aku nak cite pasal benda yang menjadi kemusykilan ramai..terutamenya bagi kaum wanita..so diharap nukilan ini dapat membantu anda semua mengenai ape perbezaan ketare antare spender n brief serta boxer..macam bese,demang dijemput untuk berucap mengenai brief,spender,boxer dan sebagainye..lantak ko lah demang nak cerite ape pun,pokok eh kek ko lah..orang noghori cakap..ok tanpe membuang mase, mari kite lihat pic-pic yang disediakan khas untuk tatapan para pembace sekalian..perhatikan dengan baik serta catatkan perbezaannya..pastikan anda mempunyai kertas A4 serta pen atau anda akan show prade selepas ini..*wink *wink

brief


ini merupekan brief..lihat warnenye..menarik bukan..dibeli di topman Pavillion berharge rm36.90..



spender


dan ini adalah spender..juga dibeli kat tempat yang same..



ok adakah korang sume dah nampak ape perbezaan die? err maaf pic boxer x disediakan..imaginasi anda diperlukan untuk membayangkan bentuknye.. jename renoma warne pink..boleh bukan?..

aku memulakan langkah seterusnya... sambil berdehem 2-3 kali..baru jer nak bukak mulut nie

tibe-tibe satu suare suare sumbang berkate dengan lantangnye..

bang xclear lagi la,member saye kate brief tue same jer macam boxer kan? kecoh-kecoh la nak letak name brief lak,dah boxer-boxer la..dah la gambar xde..

aiseymen..ni yang aku malas ni orang nyampuk time aku cakap..sabar la dulu bro(kate hati aku)


ok first of all,ape yang membezakan brief ngan boxer adalah kadar grip atau dalam bahase melayunye cengkaman.well brief,cengkaman kain terhadap ehem-ehem adalah berade pada kedudukan yang tinggi sesuai dengan bentuknye yang agak ketat,sendat serta padat serta menghimpit ehem-ehem anda dengan lembut dan membawa si pemakainya kelembah keselesaan yang tiada tolok bandingnya..sekali lagi aku tegaskan,keselesaan yang tiada olok bandingnya..keyakinan akan jelas terpancar diwajah si pemakai..ini diakui sendiri oleh beberapa penuntut UPNM yang bergiat aktif dalam pemakaian brief ini..

baru jer aku hendak membuka mulut lagi...


bang kate nak cakap pasal boxer,xde pon? taksub la abang nie..

suare sumbang tue bergema sekali lagi..*sigh..hati semakin membara..aku meneruskan ucapan tanpe mengendahkan suare tersebut..namun xdapat dinafikan..hati den ni paneh jo..


penerangan diteruskan...


ok guys(ayat en.syed) boxer ni lak secebis kain cotton,satin atau lain2 yang dijahit hampir menyerupai brief,tapi berkeadaan longgar yang memberi kebebasan sepenuhnya kepade ehem-ehem anda untuk bertindakbalas dengan apa jua keadaan yang memerlukannya bangun dari tidur.dari segi keselesaan,boxer mungkin menyukarkan para pemakainya untuk berdiri dengan baik apabila adanya tindak balas yang berlaku pada tubuh sepemakainya..kemungkinan untuk orang disekekeliling anda untuk menyedari ape yang perubahan BESAR yang berlaku pade diri si pemakai adalah tinggi ,dan juga boleh menimbulkan kontroversi seterusnya menjadi satu topik sensasi dirancangan melodi..

hehehehe(aku tertawa nakal disitu)..

riuh rendah seketika..masing-masing seperti teruja dengan explaination yang aku buat..ini membuatkan keyakinan aku semakin teguh!! kata-kata seterusnya disusun utuh, tanda hati semakin ampuh..wah3 berpujangga nampak...

bang2 yang spender lak cane? xsabar nak tau nie..hehe

cett mamat nie lagi..annoying tol..


akhir sekali tuan-tuan dan puan-puan(*sigh..ayat askar) saye ingin menerangkan kepade anda tentang spender plak..secare jujurnye spender adalah opsyen terakhir saye memakainye..well it's because i feel more comfortable with men's brief which is gives my ehem-ehem more support and protection..(ewah3 speaking lak)..actually bagi saye spender ini sangat merimas dan melemaskan sesiape saje yang berade didalamnye..kasihan saye melihat adik-adik para jantan2 diseluruh dunia yang masih lagi memakai spender sebagai rutin harian pemakaian mereka..pathetic..*sigh~poyonye..dari segi bentuknye pula sangat lah berbeza dengan boxer n brief dimana terdapatnye curve dibahagian peha si pemakainye..ini menyebabkan area yang dikawalselia-selenggara oleh spender menjadi lebih kecil berbanding brief atau boxer..



*tersenyum puas setelah menghabiskan kate-kate..terdengar tepukan gemuruh diberikan..

bang lagi-lagi-lagi..besh la..lagi la,lagi la,lagi la...

*sigh...tanganku dihayun tinggi..KECEPARRRKK...satu
tamparan hinggap dimuke beliau..



*tas-tas-tas-tas..bunyi benang terputus..apakah bahagian yang sedang mengembang itu??gerangan pakaian dalam siapakah yang terputus? kuang3....siapakah beliau? jangan biarkan diri anda diselubungi misteri......







Tuesday, October 7, 2008

kami the movie~hidup ini memang palat..tapi esok masih ada..is it worth it to watch it?




ok aku sure ramai diantare remaje-remaje yang meminati musik "indie" mahupun budget indie tertnggu-tunggu arahan effendee mazlan dan fariza azlina isahak nie..tanggal 5hb oktober 2008 jam 2.35 berbekalkan sekotak popcorn n secawan coke aku bergerak seorang diri kedalam hall 10 gsc one utama..tapi before masuk tengok KAMI,aku jumpe seorang member ex girlfren aku,time tue tengah nak beli popcorn..cess lupa nama noh..sowi naa..maka perbualan pon bermula

xtahu name:oit ang demang kan?..sowang je ka?
demang:aah..tengok movie sowang ja..tapi gerak cni ngan member..ang gerak ngan sapa nie?
xtahu name:aku gerak ngan alip nie..(alip member baek aku kat upnm)
demang:oh ic2..(aku mcm blur2 la sket time jumpe mamat nie)..k gerak lu ea..(aku xtau nak ckp pa ngan die ni)

maka aku terus berjumpe ngan farid yang tengah beratur nak beli popcorn..kebetulan mamat nie datang ngan awek die(status awek tue xpasti la)..so aku pon pass la sepuloh ringgit suh die beli popcorn ngan coke..hidup nak senang je aku kan..dalam 10 minit la aku tgu die beli benda2 tue..tension gak la tunggu..mamat yg jage kaunter tue pun lembab..macha mane ntah gsc amek kerja..

pas dpt popcorn ngan coke aku terus blah..cett farid xpulang baki pun(berkire babi ko kan demang)..tapi xpe,dalam hati aku mengatur plan cane nak pow mamat nie..bukan xde duit beb..nak sep sket..kate nak angkat sony vaio kan..hehe..so langkah diatur terus kearah hall 10..C 13..itulah tempat punggungku dilabuhkan..ditakdirkan alip ngan ast(awek alip) ade kat depan seat aku..perghh baik pye setting la..haha..

filem dimulakan.......

sangat excited........

yeah lagu yang besh......they will kill us all..

tetibe kaki aku xreti duduk diam kan..serta merta terbayangkan pedal drum ade dibawah kaki ini..permulaan film nie dimulakan dengan adegan abu bertumbuk ngan senior2 die..tapi bertumbuk peh "real" nak mampos la..tapi adegan bertumbuk fake tue di 'cover' ngan lagu yang besh.. film diteruskan..starting cite ni memang boring beb..slow nak mampos..aku mule rase ngantuk..well kalo orang nak cakap "ko xfaham movie ni".."ko bukan orang seni,ape tau pasal nak buat filem nie"..well aku akan jawab 'fuck off'..haha..pasal ape?..ko bayar sejumlah wang dengan harapan untuk melihat hasil yang terbaik,tapi ape yang dapat?~hampeh..dalam movie nie,sofie ngan adii nampak cam kaku jer..xnampak sangat la ape peranan diorang..juz macam watak tempelan jer..hanya abu la yang aku rase jadik penyelamat kat movie nie..ngan lawak2 sengal die..nak2 part boy nak stab ali..time tue boy leh terjatuh,abu tengok boleh lak die gelak2..gelak macam kambing lak tue..bodoh2..tapi xleh blah pastue die kena tikam plak..kesian..

dalam movie nie,penceritaan die, macam masing2 ade secret la..tapi bodoh jugak kan..benda2 cani boleh setel kalo kite berterus terang..ape lah susah sangat nak cerite sume benda tue..aku tengok masing2 dalam movie nie emo lebih jer..nak2 ali..moody sepanjang mase jer mamat tue(senyum sket la bro,why so serious)..si lynn lak macam kecoh jer kan..padahal bleh gitau kat member2 pasal prob die..ak tengok macam die jer nak merumitkan keadaan..kan die terpakse,lagipun aku tengok diorang sume nie jenis open minded kan,mesti leh accept pye..think positive ok lynn?..benda2 camtue pon nak kecah lebih la..chewah kalo ikut aku pye skrip memang xde konflik langsung la kan..filem diteruskan..sambil aku mula menahan rase nak kencing yang amat sangat...

cerita yang slow pade permulaannya sedikit sedikit menjadi agak menarik la,abu pade pandangan aku, berjaye menghidupkan suasane..tapi yang aku tension macam kurang kaitan diorg ngan musik..setakat pegi gig tue xnampak sangat la macam diorg nie minat musik..yela ade la nampak band ali jam kan..tapi perjalanan cerita sangat blur..mungkin cerita ini sangat slow dan memerlukan kefahaman yang tinggi dari penonton..eceh lebih2 lak..tapi aku tengok movie untuk kepuasan bukan untuk berekperimentasi,so aku lebih slesa mengatakan aku xberape nampak ape yang cube disampaikan oleh KAMI nie..bukan ape beb, bagi aku movie nie macam satu khazanah negare..movie yang dapat membentuk landskap musik malaysia..kerana KAMI,orang bukak mate kat band-band indie..korang tengok demam indie sekarang..aku xnafikan KAMI series/movie memainkan peranan penting..budak2 yang dulunye mengutuk aku pegi gig sekarang pon layan gig(bese la fitrah manusia~ludah kat langit jatuh kat muke sendiri pastu jilat balik kan)..sumenye aku konfiden pasal KAMI yang dah beri pengaruh besar kat teenagers kat malaysia..well congrate KAMI..

walau ape2 pon comment ngarut aku tentang movie nie..aku still lagi merekemenkan korang untuk pergi melihat sendiri movie,sedih diakhir cerita..sies sedih beb..nak nanges rase..khazanah negara~anda patut menilainya..

aku memberi 3/5 bintang pade KAMI THE MOVIE..bagaimana dengan anda?..saksikan lah

p/s:kelihatan alip ngan aweknye ast tido lena setelah abes movie nie..dan barulah aku tau lelaki yang aku tak ingat namenye adalah latip..

puase,sahur dan bapok berbaju pink...

well da lame x blogging nie..busy maa..wa bukan duduk saje2 je..ok actually cite ni dah lame,tapi xde la sampai tahap basi..juz untuk kite kongsikan bersame untuk tatpan para member sekalian..chewah poyo.cite ni berdasarkan pengalaman aku b4 raye aritu..sekarang ni dah bes raye..(abes cuti bermakne abes raye la)..ak dapat cuti 26hb september aritue,tapi xblek rumah trus..stay kat kl ngan team 6 jahanam aku..team ni terdiri dari 6 orang jejake hensem-hensem..ni sies pye, xtipu, hensem2 sumenye.nak no tepon? 0176070xxx..hehe..ok aku perkenalkan la team 6 jahanam nie..ketua kumpulan,farid aka ketua bapok,tong aka tonggek~bapok gak,hadi aka jambu keding~bapok kuase dua, eman aka setan pendek(mulut cam sial)~penyontot bapok, deen aka emo lebih~disontot,dan aku sendiri demang aka mamat poyo sket2 je tapi xlebih2~bapok flexi..

nak dijadikan cerite kitaorg nie slalu lepak kat rooftop pak arab kat bukit bintang atau lebih mesra dipanggil bb..sahur shisha la katekan~ape barang beb sahur nasik..setelah merayau semalaman kat kl maka kate sepakat diambik untuk lepak2 shisha kat sane lagi~rooftop le..so dari danau kereta yang pinjam farid trus mendrifkan dirinye..helamak cakap ko..xcited lebih lak kan nak shisha..

perjalanan lebih kurg 20 minit ke bb~sebenarnye aku xingat pon brape lame..before parking,kitaorg usya2 dulu jalan p.ramlee..pemanas badan la katekan..usya2 bapok kat situ je..sambil2 tue berharap ade la minah mabuk mane nak tumpang balik~imaginasi sgt liar..pas abes cuci mate,kitaorg pon pegi la kat rooftop tue..xjauh mane pun..ketika itu kereta dipandu agak perlahan.....

TIBA-TIBA,sekawan bapok kelihatan bersidai disekeliling kawasan berkenaan..WOWWW..body diorg xnak 'lentik' la plak kan..hehe..cam syial..mateku terpaku kat sorang bapok yang agak tinggi..mengenakan top pink dan berseluar jeans skinny..hurm walaupun pemandangan tersebut hanya beberape saat,tetapi cukup mengasyikkan..tusssshhh(pancutan darah keluar dari hidungku)..

kereta yang dipandu farid meluncur kearah kawasan parking yang betul2 kat depan bapok2 tue..masing2 sudah gelisah,nafas turun naik..AWAT?~tanye member aku..haa ini kerana terdapatnye satu aktiviti LIAR berlaku didepan mate kami.LIAR KAWAN,SGT LIAR...KENAPE LIAR?~tnye member aku lagi..well ini pasal salah seorang bapok tersebut telah mera**s-r*ma* buah dada palsu bapok yang laen..gerakan beliau sangat kejam serta rakus sambil diiringi gelak ketawa manje daripada pasangannye yang diramas,membuatkan kitaorg merase kagum dengan ape yang berlaku.suasana senyap seketika..kami terus menyaksikan ape yang akan berlaku seterusnye...peluh menitik menandekan masing2 menahan satu perasaan yang sukar untuk dimengertikan~yeah hanye lelaki yang dapat memahaminya..

aktiviti yang berlangsung beberapa saat itu sangat mengujakan kami..serious satu pengalaman yang sukar didapati..tapi ape yang berlaku seterusnya?....aha aktiviti ramas meramas diteruskan(eceh dah tak cencored nampak)..TIBA TIBA LAGI, bapok yang diramas tue naik "syeh"..satu tindakan luar biase diambil oleh beliau..sepasang buah dada bertut hitam manis(ape tut ni?~ha ini memerlukan tahap imaginasi yang tinggi untuk korang membayangkan ape kebendanye TUT ini) ditayangkan secare LIVE dihadapan kami semua...yea LIVE kawan LIVE..tuuuuuuuuuuuussssssssssssshhhhh(sekali lagi darah memancut dari lobang hidungku dengan derasnyaaaaa)..masing2 dengan segera naik ke restoren pak arab untuk meredakan perasaan yang membara di jiwa masing...tik tik tik..kedengaran darah menitik-nitik...satu pengalaman luar biase..aktiviti shisha memanggil2..masing2 cube melupekan ape yang terjadi..jelas terpancar kebuntuan diwajah masing2.*sigh....sekali lagi..tusssssssssssssssshhhhh~diriku hilang kawalan..


p/s: isikan ramadhan anda dengan aktiviti dimasjid..bukan shisha ok..aha ni belum abes..nak tau kisah seterusnye?..semakin panas beb..tungguuuuuuu

Saturday, August 16, 2008

chong wey menang pasal ultraman yang tolong die..betul xtipu

pergh mase tengok lee chong wey men tadi mmg havoc la..siap ade tepuk2 pengakap lagi..tapi yang xbleh tahan ade perbuatan 18sxxx yang dilakukan oleh para penyokong yang terdiri dari aku dan rakan2..ahaks bes gile wey..abes farid bontot menjadi mangse amukan 'adik2' kami yang yang tertangguh bil airnye..ehem ayat2 yang dibaca ini mestilah diawasi oleh para ibu bapa agar anak-anak anda tidak terjebak dengan budaya *&&%^*&% ini..efeh ko bukan lagi demang..

tapi yang menjadi persoalan mcm mane tetibe chong wey tetibe terer kat final set tu kan..n menurut sumber2 yang boleh dipercayai adenye bantuan dari skuad ultraman dari planet nexus yang datang membantu!! bukan digi bai..footage dibawah antare bukti2 yang dapat dirakam oleh para cameramen yang sememang bukan sahaja terlibat dengan mengambil gambar2 biase tetapi turut berpengalaman dalam membantu produksi SEEKERS!! ya seekers..mari saksikan dan hayati pic ini..

ultraman

Friday, August 15, 2008

PERFUME-STORY OF A MURDERER

ma favourite movie

Set in the 1700's, the film begins with the sentencing of Jean-Baptiste Grenouille, a convicted murderer. Between the reading of the sentence and the execution, the story of his life is told in flashback, beginning with his birth in a French fish market and continuing through his early childhood, when he discovers he possesses an extraordinary sense of smell.

As a tannery apprentice making a delivery to Paris, he wanders off to smell the scents of the city and discovers a young girl selling plums. He draws near to her, breathing in her scent, and before she can scream in surprise, he claps a hand over her face. She suffocates in his grasp.

His dedication to the idea of preserving her scent leads him to a perfumer who teaches Grenouille the art of creating scents.

After leaving the perfumer for the city of Grasse, he experiments to produce an ultimate perfume, based on the scents of women. Needing twelve basic scents - as instructed by the Paris master - he sets out to kill twelve beautiful young women, then extracting their scents with a technique that involves distillation.

The wealthy father of a beautiful young woman, fearing for her safety, spirits her away in secrecy, but Grenouille is able to easily track them by following her scent. When her father awakens in the morning, he enters her room and finds his daughter dead.

Grenouille finishes his perfume but is immediately captured by the authorities.

On the day of his execution, Grenouille is brought before the crowd wearing the perfume made from the virgins' scent. This essence of love and beauty induces the executioner and the crowd declare him to be innocent, before falling into an orgy. The next morning, another man is arrested, charged with the crimes, and executed.

Grenouille, meanwhile, has returned to the Paris fish market where he was born. The narrator explains, "There was only one thing the perfume could not do. It could not turn him into a person who could love and be loved like everyone else."

this is my favourite music..so check it out!!

blog

ada sebelas trek yang besh2 dalam nih..antarenye

-count in five
-jack the ripper
-gloves
-sheena is the paracite

band yg berasal dari uk nih penah dikatekan sebagai the most anticipating band after sex pistol..haha besh kan..datang dengan pakej fashion ngan music yang fresh..n music diorg nih pon ade trademark tersendiri..sekali dengar korang bagaikan dirasuk untuk dengar berulang kali.bak kate orang kalo dah sedap tuh ko nak jer lagi..so kalo dengar lagu dorg jer korg bleh tau la tu THE HORRORS..

yeah skinny jeans,vest,ngan coat yang stylo2 menambahkan lagi perisa diorg as a one of the best act at uk.pernah korg tengok budak2 pakai kasut tajam2,aku rase diorg la yang kirenye trendsetter pakai mcm tuh..xcaye? tengok la pic diorg.baru korg tau betape stylonye diorg ni

aku beli cd diorg yang ori tue..haha..kadang2 rase macam kat malaysia ni aku sorg jer yang beli cd diorg..yeah rare kan..nway kalo xjumpe cd diorg korg bleh tengok clip video diorg kat youtube..

BATTLE OF THE BAND MAHA 2008!!

blog

aku run kan benda nih..baru tau betape susahnye nak organize satu2 event

1st words

yeah..finally aku ade blog sendiri..quit xcited la nak buat benda nih..actually the main reason aku nak buat blog coz nak express ak pye ideas tentang isu semasa,music,fashion n so on..so enjoy