Sunday, October 19, 2008

Kerana aku seorang askar...

well cerita yang akan aku cuba sampaikan ini adalah pengalaman yang dialami oleh aku dan orang yang close dengan aku.it's about perception sesetengah orang yang akan memandang sebelah mata atau sekurang-kurangnya akan berkata 'euuuww' kepada aku,kepada kawan aku atau orang disekelilingi aku.mereka yang memikirkan diri sendiri sahaja.serta cakap tidak serupa bikin.



apa yang cuba aku sampaikan adalah berkenaan dengan manusia-manusia yang memandang jelek kat aku apabila aku mengatakan yang aku adalah seorang military personel dan aku bekerja sambil belajar dengan kerajaan.



salah ke aku memilih jalan ini?

hebat sangatkah mereka?

apakah profession yang akan aku ceburi ini adalah satu kerja hina yang dipandang sebelah mata?

well kalau ada dikalian korang yang berfikiran begitu, aku hanya dapat bersimpati dengan pandangan jumud kalian.adakah mereka-mereka ini terlampau baik?





inilah yang terjadi kepada aku.

contohnya biasa sahaja,tidak terlampau provoke.

well aku suka berbicara tentang sesuatu yang serius apabila berdepan dengan mereka yang kena pada cara dan sifatnya.

kisahnya begini



aku lihat banyak diantara mereka yang menjunjung kebebasan bersuara yang akan dengan cepatnya melenting apabila aku melahirkan pendapat peribadi aku. ya pendapat peribadi berkenaan dengan kebebasan bersuara,masyarakat malaysia yang berbilang kaum,hak-hak bumiputera,hak minoriti dan sensitiviti kaum.secara jujurnya aku menjunjungi tinggi kebebasan bersuara SELAGI ia tiada pihak yang tersinggung atau memecah belahkan stuktur kaum di negara tercinta ini, namun sering sahaja pendapat aku disalah tafsirkan. aku dihentam. dikatakan anjing kerajaan. belaan U**O.yeah sounds like macam mereka sahaja yang benar,apa yang dikata mereka betul dan seperti mereka sahaja yang hidup dimuka bumi ini.well aku hanya menyatakan pendapat aku dengan harapan boleh berkongsi pendangan serta melahirkan satu jawapan yang sesuai untuk semua.tapi apa yang aku terima? cacian,hentaman serta perkataan paling popular saat ini fuck you.semuanya kerana aku adalah seorang tentera maka aku dicop sebagai budak suruhan kerajaan.maaf! pendirian aku tidak begitu murah.



namun apa yang peliknya,mereka-mereka yang menghentam aku tanpa usul periksa ini serta curiga tidak tentu hala ini bukan lah dari golongan yang boleh diterima sepenuhnya masyarakat.



well cara hidup tidak berdisplin.rebel tidak kena tempat.berpakaian pelik konon-konon trendy .serta memandang mereka yang lain seperti mengatakan yang sedemikian (malah pernah juga dikatakan kepada aku);

  1. ah kampungnya pemakaian kau, tak fashionable langsung.

  2. well aku educated,layan muzik keras,layan indie,kau layan kristal mane boleh campur.

  3. aku minum arak sebab jiwa aku rebel,baru hardcore, baru indie baru rock and roll.

  4. aku pegi clubbing tak main la gig-gig ni.

  5. ko askar tu askar la jugak(ni paling fuck skali)




pada pendapat kalian siapakah yang lebih diterima? aku atau insan-insan jumud ini? insan-insan yang rendah tatasusilanya,lemah budi bicaranya singkat cara pemikiran serta jumud dalam melakukan tindakannya?



atau mereka menyarankan untuk memilih aku? kerana aku berdisplin dan berpewatakan? atau kerana aku government servant? pastinya mereka memilih atas dasar perwatakan(peratusan yang memilih aku kerana orang suruhan kerajaan pasti ada,tetapi rendah barangkali)



apakah yang diperjuangkan jikalau cara yang salah serta perbuatan tidak serupa bikin? adakah ini kebebasan bersuara.sudah memekak-mekak bising pula meminta-minta.aaaaahhh dasar manusia begini yang paling aku tidak gemari.mementingkan diri.menghakimi orang lain dengan mudah sekali.



dan kadang kala aku bertambah sakit hati apabila sesetengah daripada mereka yang bukan seagama atau sebangsa denganku yang dengan mudahnya menuduh mereka ini rasicts,pemimpin itu rasicts,polan bin polan tu rasicts nenek kau rasicts,mak kau racists.mulut busuk mereka menghakimi mereka yang lain dengan mudah,selancar pelincir caltex yang ayah aku beli untuk keretanya.



kenapa aku berkata demikian?



mereka-mereka ini hanya tamak memikirkan tembolok mereka. kesenangan mereka.mudah berkata.tindakan tiada.penyelesaian yang diambil tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.pendekatan diambil dengan kata kebebasan dan hak bersuara serta human rights.beraktivism tetapi pokok pangkal perkara yang terjadi ditolak.sensitiviti orang lain dicampak ketepi.yang penting isi hati perlu diikuti.sudah diberi betis peha pula diidami.urghhh aku benci situasi politik sekarang.semuanya KARUT.tak kira kamu kerajaan atau pembangkang.aku ejakan untuk kamu K-A-R-U-T!!



dan ini yang dihadapi oleh seorang rakan aku.aku hanya namakan beliau sebagai ana(bukan nama sebenar). seorang anak gadis sunti yang meminati musik-musik indiependent serta underground tanah air.



ana pernah pergi melibatkan diri kedalam satu komuniti yang tidak kurang famousnya.ini kisah-kisahnya.semasa sesi ice-breaking berlangsung ana telah ditanyakan.



xxxx:ana kau belajar kat mane?



ana: universiti pertahanan nasional malaysia.



xxxx memandangkan muka ana,sambil menarik muka dan membuat reaksi 'euuuuww'(aku benci ini)



well aku lebih suka jikalau xxxx ini balik dirumah dan tidak perlu melibatkan kerja-kerja berkaitan dengan komuniti berkenaan jikalau sekadar untuk mendapat nama,perempuan atau feymes.lebih baik duduk dirumah melayan sin chan.kerana jika benar apa yang beliau perjuangkan,xxxx tidak sesekali memandang lekeh kepada ana.kerana itu cara dia.dia berhak kerana itu adalah hak dia untuk memilih dimana tempatnya beliau mahu menuntut ilmu.



aku rasa beliau berfikiran sempit yang hanya memikirkan military hanyalah sesuatu yang ganas,kehancuran,pembinasaan,pembunuhan..aahhhhhhhh aku bosan dengan pandangan jumud berkenaan.walhal tidak tahu sekelumit apa pun tentang apa yang aku ceburi ini.kasihan ana,beliau menjadi mangsa persepsi buruk eventhough she's just a ROTU~palapes



3 kali aku mengucapkan perkataan 'jumud'.semoga ia tidak berlaku terhadap kalian.aku benci mereka yang cakap tidak serupa bikin.meluat melihat mereka yang menghentam,tidak menerima pendapat orang lain serta memandang orang lain dengan pandangan keji mereka.bosan dengan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti yang menyakitkan hati.aku flexible mudah dibentuk,mudah menerima idea baru tetapi keras apabila mempertahankan sesuatu.kerana prinsip aku bukan bulu yang dengan mudah diterbangkan angin lalu.







10 comments:

NOR SHAKEELA said...

hah??????????

Fatin Farhana said...

amboi.
macam penah diceritakan je.

ejanas said...

hai demang, aku kawan nad. igt tak? anyway, nice blog!

ejanas said...

sila la link!

Astrinee Adian said...

huuuuu...
marah sungguh kau..
chill~~~
menakutkan... :)

Anonymous said...

wah... sisi laen encik demang... hehu... chill ya... x ramai orang faham apa yg kamu rasa... but i can understand wut u r talking 'bout...

alepzuhri said...

yes2
aku sokong ape demang cakap
cam sial mereka2 itu semua

iamstradust said...

dude

i give my support on u dude

aku pun nak jadi askar gak

tp sayang tangan aku bengkok

cisssss

faqhrule said...

askar?
i like askar hahhahaha..
gua jadik cikgu pun lebih kurang lu jugak mang!

Anonymous said...

yeke ade org cmni???

99% komuniti di sekeliling saya sgt terkagum kn student2 upnm..

they said u all sgt berguna n berwawasan...hehe